Kenangan Yang Sukar Untuk Dilupakan
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ........
Assalamualaikum dan selamat petang kepada kalian yang dirahmati Allah sekalian ..saya ingin tanya satu soalan kepada anda . anda pernah ada kenangan manis dan pahit tak ? mesti la ada kan ? saya yakin dan percaya setiap orang pasti ada kenangan manis dan pahit kan ? kalau kenangan manis mesti kita nak kongsi bersama rakan-rakan kita kan ? kalau kenagan pahit macam mana pula ? tak nak kongsi ke ? tidak mengapa saya faham ..tiada siapa yang akan berkongsi kenangan pahitnya kerana ia pahit seperti hempedu..hehe.
tetapi hari ini saya akan berkongsi kenangan manis yang mungkin ukar untuk saya lupakan ..jika anda berada di tampat saya anda juga mungkin sukar untuk melupakannya ..percayalah.
pada bulan 6 tahun lepas pada cuti pertengahan tahun sekolah saya telah mewakili Negeri Perak dalam perlawanan bola tampar dalam KEJOHANAN SUKAN-SUKAN SEKOLAH AGAMA MALAYSIA yang diadakan di UIA, Kuantan , Pahang darul Makmur . kami berkampung disana selama 5hari 4malam . pelbagai cabaran kami lalui dengan tabah dan sabar . Alhamdulillah akhirnya kami berjaya masuk ke final dan bertemu dengan Kedah . Sebelum memulakan perlawanan kami berazam akan berjuang habis-habisan untuk menebus kembali kekalahan kami semasa di politeknik seberang perai , pulau pinang pada tahun 2012. perlawanan berlangsung dengan begitu sengit sekali antara pasukan Perak dan Kedah diringi keriuhan para penyokong dari dua buah negeri utara ini . Alhamdulillah dengan berkat keazaman yang tinggi pasukan perak telah muncul sebagai juara . sujud syukur tidak dilengah-lengahkan . kami menangis kegembiraan yang tidak dapat dikawal lagi .Alhamdulillah akhirnya apa yang saya impikan tercapai jua .Sempena tahun terakhir saya di sekolah saya sudah berazam untuk mengukirkan satu kenangan yang mungkin sukar untuk dilupakan oleh warga sekolah . bersyukur yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t .
Tidak lupa juga kepada jurulatih yang saya sangat sayangi kerana mereka telah banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya sepanjang saya berkhidmat dalam pasukan bola tampar sekolah . merekalah yang banyak mengajar saya erti persahabatan , kerjasama , juga tidak lupa sentiasa meletakkan Allah s.w.t di atas .Benarlah kata jurulatih saya memang sukar untuk kita mendapatkan jurulatih yang sentiasa mengambil berat akan pasukannya , menjaga disiplin dan tingkah laku anak buahnya .saya sudah menganggap pasukan saya seperti keluarga saya di mana didalamnya terdiri daripada kakak-kakak , adik-adik juga ibu .tidak pernah saya jumpa pasukan yang cukup serasi ,susah senang ditempuh bersama tanpa kira erti penat .pasukan kami memang nampak hebat di mata orang lain tetapi bagi kami tanpa kerjasama berpasukan kami tidak akan berjaya . Tanpa mendengar nasihat dari jurulatih pasukan kami tidak akan kemana-mana .
Akhir kata dari saya jangan kita bersasa bangga dan riak dengan kehebatan yang dimiliki kerana itu semua datangnya dari Allah s.w.t . Sebaliknya bersyukur kepada Allah s.w.t dengan kurniaanya .saya harap anda sudi membaca nukilan hati saya ini .yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk datang dari diri saya sebagai manusia yang tidak sempurna . sekian , wallahua'lam,assalamualaikum . :)
[ LATAHZAN INNALAHAMA'ANA]

No comments:
Post a Comment